10 May
10May




5W1H

Apa, siapa, mengapa, bila, di mana dan bagaimana.

Contoh: 

            Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang cuai.(A)  Hal ini demikian kerana mereka tidak menumpukan perhatian dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan serta memandu kenderaan dalam keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini menyebabkan pemandu kenderaan hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (B) Oleh itu, pengguna jalan raya perlulah berhati-hati semasa memandu kenderaan di jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku. Hal ini bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu beringat sebelum kena dan janganlah sudah terhantuk baru tergadah. (M)


*Olahan isi yang dibuat berdasarkan teknik ini tidak semestinya lengkap keenam-enam komponen tersebut kerana digusari pertautan ideanya tidak harmoni. Oleh itu, gunakan teknik ini sebagai panduan untuk mengolah isi dengan sebaiknya.


I K H C

Isi, kesan, huraian dan contoh.

Contoh:

             Aktiviti sukan dapat menyihatkan tubuh badan. (I) Hal ini demikian kerana semasa kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan akan mengurangkan kalori dan mempertingkatkan daya ketahanan otot.(K) Seterusnya, keadaan ini juga berlaku disebabkan oleh jantung yang bekerja kuat dengan mengepam darah ke seluruh badan.(H) Contoh aktiviti sukan yang boleh kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak, badminton, hoki, dan berjoging. (C)


*Teknik ini merupakan teknik olahan isi yang agak baik kerana pertautan ideanya jelas dan harmoni. Huraian yang berkesan ditulis dengan menggunakan bahasa yang gramatis, ayat majmuk yang betul dan mantap. Ayat contoh pula boleh diletakkan tentang isu-isu yang sesuai dengan isi. Lebih baik sekiranya contoh tersebut disertakan dengan sumber atau ungkapan tokoh.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING