07 May
07May

UNIK

Unik yang dimaksudkan dalam teknik tersebut ialah menarik. Perenggan pengenalan haruslah menarik agar pembaca tertarik untuk membaca keseluruhan karangan.

NON-ISI

Non dalam istilah bahasa Melayu membawa maksud tiada. Oleh itu, jangan memasukkan isi atau huraian isi di dalam perenggan pengenalan.

INFORMASI TERKINI

Karangan dimulakan dengan nama tokoh atau insiden-insiden yang pernah berlaku, yang berkaitan dengan topik.

KEHENDAK SOALAN

Anda boleh mengambil soalan karangan dan dimasukkan ke dalam perenggan pengenalan dalam bentuk persoalan atau pernyataan. Contoh, jika arahan soalan 

"Sukan membawa pelbagai faedah kepada pelajar. Bincangkan faedah sukan kepada pelajar", 

ayat yang boleh ditulis ialah, 

"Persoalannya, apakah faedah sukan kepada golongan pelajar?

atau 

"Oleh itu, terdapat beberapa faedah yang dapat diperoleh daripada aktiviti bersukan."



Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING