Antara ciri karangan yang baik adalah seperti yang berikut:
1. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
2. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
3. Ejaan dan tanda baca betul.
4. Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
5. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
6. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.
7. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
8. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
9. Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
10. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
Klik laman sesawang di bawah, iaitu laman koleksi kosa kata menarik yang boleh digunakan dalam penulisan karangan anda.
https://www.slideshare.net/Harjagdeeskaur/kosa-kata-dan-ungkapan-menarik-bahasa-melayu-spm
Ikuti saluran Youtube Unitkurikulum Tvp untuk mengelakkan kesalahan dalam menulis karangan sama ada kesalahan dalam tatabahasa, ejaan serta penggunaan istilah.
Pautan: https://www.youtube.com/channel/UC6pLD6uHFr1j8n-X4rUxBsw